PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

PSIKOLOGI SUKAN



















INOVASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN



KERTAS KONSEP INOVASI
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
TAJUK : T-ATTACK

PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, saya dan guru-guru pendidikan Jasmani telah mencipta satu inovasi iaitu “T-ATTACK’” bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 3 dan Tingkatan 4.


OBJEKTIF

Antara objektif penciptaan ini ialah;

1.       Meningkatkan Kemahiran murid dalam permainan Bola Tampar dan Sepak Takraw

2.       Membentuk budaya mereka cipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.

3.       Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan dan buangan dalam penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.

4.       Melahirkan para usahawan muda.


RASIONAL

Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara

keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.


SASARAN

Semua murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4




PERNYATAAN MASALAH

Antaranya ialah :

1.       Tiada alatan khusus untuk melatih murid untuk meningkatkan kekuatan Otot.
2.       Tiada alatan khusus untuk melatih murid untuk membuat rejaman.
3.       Sukar melaksanakan pengajaran Kemahiran merejam kerana murid sukar untuk membuat lompatan.


SKOP DAN LIMITASI PROJEK.
Skop kajian ialah untuk menggunapakai bahan –bahan terpakai.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK
Antara kepentingannya ialah:
1.       Memudahkan guru-guru pendidikan Jasmani dalam melaksanakan pengajaran kerana ia mudah
2.       Membuka peluang serta menanam minat mencipta  kepada murid .


ANGGARAN KOS PROJEK
Kos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM 500.00. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1)      besi
2)      tali

TINJAUAN DAN KAJIAN
Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak jenis peralatan ini di pasaran tetapi harga agak mahal.Oleh yang demikian, saya telah memikirkan cara bagaimana untuk mencipta alat ini tanpa menggunakan kos yang tinggi.



KAEDAH PENYELIDIKAN
Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyelidikan laman sesawang  untuk penghasilan satu ‘T-ATTACK”’ yang mempunyai kegunaan sama seperti gelanngang yang ada dalam pasaran.

PERANCANGAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:
1.       Januari :  Mengenalpasti masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
2.       Februari: Perbincangan dengan ahli Panatia
3.       Mac        : Mencari alatan yang terpakai.
4.       April      : Memulakan penghasilan produk ( Bilik PJK )
5.       Mei        : Memulakan penghasilan projek
6.       Jun-Ogos: Penggunaan untuk sesi pengajaran pendidikan Jasmani
7.       September: Pertandingan inovasi  peringkat putrajaya

KESIMPULAN

Kesimpulannya, diharapkan penciptaan ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan guru dan murid demi melahirkan guru dan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Selain itu, penggunaan barang-barang yang terpakai akan menjimatkan kos tetapi penggunaaannya adalah sama seperti di pasaran.






PERLAKSANAAN UJIAN SEGAK SEKOLAH MENEGAH


SEGAK – STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN


APAKAH SEGAK?

# PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)
# DIRANCANG SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.

MATLAMAT

# MURID SENTIASA PEKA, BERPENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN AKTIVITI KECERGASAN UNTUK MENINGKAT DAN MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL YANG OPTIMUM.

UJIAN-UJIAN SEGAK

1. NAIK TURUN BANGKU ( 3 MINIT )
2. TEKAN TUBI ( 1 MINIT )
3. RINGKUK TUBI SEPARA
4. JANGKAUAN MELUNJUR

UJIAN MESTI DI SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA!
UJIAN 1 -  NAIK TURUN BANGKU
(3 MINIT)


TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

PROSEDUR
- Murid memakai kasut sukan yang sesuai
- Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau    
  kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas
  bangku.
- Penguji akan memberi isyarat “mula”
- Murid melakukan pergerakan naik dan
  turun (kaki kiri naik  di ikuti kaki  kanan
  kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan)
- Murid melakukan pergerakan mengikut
  rentak rakaman atau metronome - 96
  detik/minit selama 3 minit
- Selepas tamat murid dikehendaki duduk
  serta merta
- Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat
  perlakuan - kiraan dilakukan oleh guru atau
  menggunakan Polar Heart Rate Monitor
- Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit
- Jika murid tidak menamatkan lakuan selama
  3 minit, skor murid ini dibatalkan#


UJIAN 2 -  TEKAN TUBI
(1 MINIT)


TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU

PROSEDUR
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
  dengan berat badan disokong oleh tangan
  yang lurus dan dan jari-jari kaki. Badan
  diluruskan
- Turunkan badan dengan membengkokkan
  siku sehingga dada menyentuh span
- Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
  sedia
- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
  berupaya meneruskannya
- Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
  melakukan aktiviti secara sempurna
  mengikut arahan 1 hingga 3
- Murid B mengira dan merekod bilangan
  lakuan Murid A


UJIAN 2 - TEKAN TUBI SUAIAN (1 MINIT)


TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU


PROSEDUR

- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
  dengan berat badan disokong oleh tangan
  yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki
  bersilang. Badan diluruskan
- Turunkan badan dengan membengkokkan
  siku sehingga dada menyentuh span
- Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
  sedia
- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
  berupaya meneruskannya
- Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
  melakukan aktiviti secara sempurna
  mengikut arahan 1 hingga 3
- Murid B mengira dan merekod bilangan
  lakuan Murid A




UJIAN 3 -  RINGKUK TUBI SEPARA 
(1 MINIT)


TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN

PROSEDUR

- Ujian ini dijalankan dengan murid memakai
  kasut yang sesuai
- Murid A berbaring dgn lutut bengkok 90
  darjah dan tumit dan kaki sentiasa
  menyentuh lantai
- Buka kaki seluas bahu
- Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan
  hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat
  pertama
- Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu
  diangkat supaya jari tengah kedua-dua
  tangan menyentuh bahagian luar pelekat
  kedua
-Bahagian bawah belakang badan hendaklah
  rata dan jari tengah pada kedudukan asal
  (ulang prosedur 4) sebelum melakukan
  ulangan yang seterusnya
- Murid melakukan pergerakan mengikut
  rentak rakaman atau metronome dengan
  kadar 50 detik/minit selama 1 minit
- Murid B mengira ulangan perlakuan

Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A
- Berasa tidak selesa
- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua
- Tumit terangkat


UJIAN 4 -  JANGKAUAN MELUNJUR


TUJUAN : MENGUKUR FLEKSIBILITI

PROSEDUR

- Murid duduk melunjur tanpa kasut.
- Tumit kaki di letak di belakang penanda 23
  sentimeter.
- Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.
   Rakan memegang lutut.
- Tapak tangan kanana ditindih di atas belakang
   tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari
   tengah hendaklah sama.
- Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan
  perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
  pengukur.
- Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat
  tanpa menyentap.
- Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.
– Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.
  Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
- Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
- Murid yang membantu memegang lutut pelaku
  tidak menganggu pelaku. 



DRILL OLAHRAGA(SPEED)




DRILL OLAHRAGA)PLYOMETRIK)




TAJUK UTAMA KEMAHIRAN OLAHRAGA


ACARA BALAPAN

KEMAHIRAN LARI PECUT
  • Ke Garisan
  • Mulaan Dekam
  • Bersedia
  • Fasa Lonjakan
  • Fasa Larian
  • Fasa Sokongan
  • Fasa Di Udara
KEMAHIRAN LARI JARAK SEDERHANA DAN JAUH

Kemahiran lari jarak sederhana dan jauh tidak ada mulaan dekam.  Mulaan bagi acara ini hanyalah 'Ke Garisan' dan tembakan dilepaskan.

ACARA PADANG

KEMAHIRAN LOMPAT TINGGI

  • Fasa Larian
  • Fasa Lonjakan
  • Fasa Lompatan / Layangan
  • Fasa Mendarat

KEMAHIRAN LOMPAT JAUH

  • Fasa Larian
  • Fasa Lonjakan
  • Fasa Lompatan / Layangan
  • Fasa Mendarat

KEMAHIRAN LONTAR PELURU

  • Fasa Permulaan
  • Fasa Gelungsuran
  • Fasa Lontaran
  • Fasa Penamat


KEMAHIRAN LEMPAR CAKERA

  • Fasa Permulaan
  • Fasa Lontaran
  • Fasa Penamat
 
LAKARAN BALAPAN


Rajah 1

                                                                        DAYA TAHAN KADIOVASKULAR




KEKUATAN OTOT


DAYA TAHAN OTOT


                                                                          KELENTURAN



KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN 2013
SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

1.    PENGENALAN
 Pembelajaran akan lebih berkesan menerusi pengalaman langsung. Salahsatu cara untuk membekalkan pengalaman itu ialah melalui pendidikan melalui aktiviti sukan.Program pembangunan sukan ini merupakan program jangka panjang yang di rancang untuk melahirkan atlet yang mempunyai daya saing yang tinggi untuk memastikan mereka mampu untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi dan mencabar.. Oleh yang demikian,sekolah memandang serius untuk menjadikan Program Pembangunan  ini sebagai yang terbaik dari segi pelaksanaan di samping untuk melahirkan atlet yang berwibawa di Putrajaya. Dengan Program Pembangunan Sukan ini , di harap  ia menjadi satu landasan yang merangkumi pelbagai pengalaman yang boleh dipraktikkan dalam situsasi harian di samping boleh mendatangkan faedah yang maksimum kepada para pelajar dan pendidik.

 2.    RASIONAL
 Falsafah Pindidikan Negara harus di jadikan teras ke arah kelahiran insan yang seimbang dan harmonis.Melalui program yang di rancang ini dapat di jadikan media untuk memurnikan hasrat berkenaan.Ini berdasarkan kepada fakta bahawa di samping menyediakan pengalaman langsung melalui aktiviti sukan menyemaikan unsur-unsur fizikal, mental dan rohani.. Kecergasan dan Kecerdasan adalah saling berkaitan. Kecergasan fizikal akan secara langsung menjana kecergasan fisiologikal dengan mengaktifkan proses-proses hayat di dalam badan termasuklah kecerdasan minda dan demikianlah sebaliknya. Hakikat “otak yang cerdas pada tubuh yang sihat dan cergas” adalah reality kepada keseimbangan dan kelangsungan kecergasan fizikal dan fiisiologikal itu.   

3.    MATLAMAT
Matlamat sebenar Program Pembangunan Sukan ini dirancang merupakan salah satu perancangan jangka panjang untuk melahirkan atlet yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi di samping melahirkan pelajar yang sihat tubuh badan, bersemangat daya saing, ketahanan mental yang tinggi,kawalan emosi yang baik,kepekaan terhadap persekitaran,budaya ikram dan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan pengisian wawasan pendidikan. 

4.    OBJEKTIF
Setiap program pembangunan sukan yang di jalankan objektifnya ialah untuk melahirkan atlet yang mampu berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi dan menjalankan program secara berterusan.Antara objektif lain program ini dilaksanakan ialah: 1)      
Menjadikan pelajar dan guru  yang berketrampilan dalam merancang,mengurus dan megelolakan acara dan latihan sukan
2)      
Mencungkil bakat pelajar yang boleh di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
3)      
Melahirkan insan yang sihat dari segi jasmani dan emosi melalui pengalaman yang di lalui.
4)      
Memupuk sikap kerjasama dan hormat-menghormati.
5)      
Marancang dan menjalani semua aktiviti berlandaskan peraturan yang di tetapkan dan berpandukan ciri-ciri keselamatan.
 5.    
TARIKH PELAKSANAAN
Sepanjang tahun 2013

 6.    LOKASI
Lokasi latihan di Padang dan Dewan SMK Putrajaya Presint 9(2)   

7.    KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar SMK Presint ((2)

No comments:

Post a Comment