Syukur kehadrat ilahi, buat pertama kalinya pasukan bola sepak putrajaya telah diberi peluang untuk bersama-sama memeriahkan Kejohanan Bola Sepak Liga KPM 2016.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Sukan KPM kerana bersetuju untuk memberi peluang kepada Putrajaya untuk membuktikan kehebatan mereka dipersada Bola Sepak Negara.Tidak dilupakan juga kepada Pengarah Putrajaya dan Unit Sukan Putrajaya kerana membawa hasrat jurulatih dan pemain untuk diberi peluang untuk menunjukkan bakat yang selama ini terpendam dan dipendamkan.Di harap dengan peluang yang diberikan ,semua pihak bersama-sama memberi kerjasama dalam membentuk pasukan yang mantap seterusnya melahirkan pemain-pemain yang berkualiti untuk memajukan dan menaikkan mutu bola sepak negara..
nukilan ...engku naza(jurulatih bola sepak Liga KPM 2016)
PASUKAN BAWAH 14 TAHUN
PASUKAN BAWAH 17 TAHUN
No comments:
Post a Comment