PSIKOLOGI SUKAN
INOVASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
KERTAS KONSEP INOVASI
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
TAJUK : T-ATTACK
PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, saya dan guru-guru pendidikan Jasmani telah mencipta satu inovasi iaitu “T-ATTACK’” bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 3 dan Tingkatan 4.
OBJEKTIF
Antara objektif penciptaan ini ialah;
1. Meningkatkan Kemahiran murid dalam permainan Bola Tampar dan Sepak Takraw
2. Membentuk budaya mereka cipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan dan buangan dalam penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.
4. Melahirkan para usahawan muda.
RASIONAL
Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara
keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.
SASARAN
Semua murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4
PERNYATAAN MASALAH
Antaranya ialah :
1. Tiada alatan khusus untuk melatih murid untuk meningkatkan kekuatan Otot.
2. Tiada alatan khusus untuk melatih murid untuk membuat rejaman.
3. Sukar melaksanakan pengajaran Kemahiran merejam kerana murid sukar untuk membuat lompatan.
SKOP DAN LIMITASI PROJEK.
Skop kajian ialah untuk menggunapakai bahan –bahan terpakai.
KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK
Antara kepentingannya ialah:
1. Memudahkan guru-guru pendidikan Jasmani dalam melaksanakan pengajaran kerana ia mudah
2. Membuka peluang serta menanam minat mencipta kepada murid .
ANGGARAN KOS PROJEK
Kos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM 500.00. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1) besi
2) tali
TINJAUAN DAN KAJIAN
Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak jenis peralatan ini di pasaran tetapi harga agak mahal.Oleh yang demikian, saya telah memikirkan cara bagaimana untuk mencipta alat ini tanpa menggunakan kos yang tinggi.
KAEDAH PENYELIDIKAN
Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyelidikan laman sesawang untuk penghasilan satu ‘T-ATTACK”’ yang mempunyai kegunaan sama seperti gelanngang yang ada dalam pasaran.
PERANCANGAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:
1. Januari : Mengenalpasti masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
2. Februari: Perbincangan dengan ahli Panatia
3. Mac : Mencari alatan yang terpakai.
4. April : Memulakan penghasilan produk ( Bilik PJK )
5. Mei : Memulakan penghasilan projek
6. Jun-Ogos: Penggunaan untuk sesi pengajaran pendidikan Jasmani
7. September: Pertandingan inovasi peringkat putrajaya
KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan penciptaan ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan guru dan murid demi melahirkan guru dan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Selain itu, penggunaan barang-barang yang terpakai akan menjimatkan kos tetapi penggunaaannya adalah sama seperti di pasaran.
PERLAKSANAAN UJIAN SEGAK SEKOLAH MENEGAH
SEGAK – STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN
APAKAH SEGAK?
# PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)
# DIRANCANG SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.
MATLAMAT
# MURID SENTIASA PEKA, BERPENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN AKTIVITI KECERGASAN UNTUK MENINGKAT DAN MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL YANG OPTIMUM.
UJIAN-UJIAN SEGAK
1. NAIK TURUN BANGKU ( 3 MINIT )
2. TEKAN TUBI ( 1 MINIT )
3. RINGKUK TUBI SEPARA
4. JANGKAUAN MELUNJUR
UJIAN MESTI DI SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA!
UJIAN 1 - NAIK TURUN BANGKU
(3 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
PROSEDUR
- Murid memakai kasut sukan yang sesuai
- Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau
kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas
bangku.
- Penguji akan memberi isyarat “mula”
- Murid melakukan pergerakan naik dan
turun (kaki kiri naik di ikuti kaki kanan
kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan)
- Murid melakukan pergerakan mengikut
rentak rakaman atau metronome - 96
detik/minit selama 3 minit
- Selepas tamat murid dikehendaki duduk
serta merta
- Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat
perlakuan - kiraan dilakukan oleh guru atau
menggunakan Polar Heart Rate Monitor
- Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit
- Jika murid tidak menamatkan lakuan selama
3 minit, skor murid ini dibatalkan#
UJIAN 2 - TEKAN TUBI
(1 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU
PROSEDUR
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
dengan berat badan disokong oleh tangan
yang lurus dan dan jari-jari kaki. Badan
diluruskan
- Turunkan badan dengan membengkokkan
siku sehingga dada menyentuh span
- Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
sedia
- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
berupaya meneruskannya
- Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
melakukan aktiviti secara sempurna
mengikut arahan 1 hingga 3
- Murid B mengira dan merekod bilangan
lakuan Murid A
UJIAN 2 - TEKAN TUBI SUAIAN (1 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU
PROSEDUR
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
dengan berat badan disokong oleh tangan
yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki
bersilang. Badan diluruskan
- Turunkan badan dengan membengkokkan
siku sehingga dada menyentuh span
- Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
sedia
- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
berupaya meneruskannya
- Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
melakukan aktiviti secara sempurna
mengikut arahan 1 hingga 3
- Murid B mengira dan merekod bilangan
lakuan Murid A
UJIAN 3 - RINGKUK TUBI SEPARA
(1 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN
PROSEDUR
- Ujian ini dijalankan dengan murid memakai
kasut yang sesuai
- Murid A berbaring dgn lutut bengkok 90
darjah dan tumit dan kaki sentiasa
menyentuh lantai
- Buka kaki seluas bahu
- Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan
hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat
pertama
- Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu
diangkat supaya jari tengah kedua-dua
tangan menyentuh bahagian luar pelekat
kedua
-Bahagian bawah belakang badan hendaklah
rata dan jari tengah pada kedudukan asal
(ulang prosedur 4) sebelum melakukan
ulangan yang seterusnya
- Murid melakukan pergerakan mengikut
rentak rakaman atau metronome dengan
kadar 50 detik/minit selama 1 minit
- Murid B mengira ulangan perlakuan
Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A
- Berasa tidak selesa
- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua
- Tumit terangkat
UJIAN 4 - JANGKAUAN MELUNJUR
TUJUAN : MENGUKUR FLEKSIBILITI
PROSEDUR
- Murid duduk melunjur tanpa kasut.
- Tumit kaki di letak di belakang penanda 23
sentimeter.
- Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.
Rakan memegang lutut.
- Tapak tangan kanana ditindih di atas belakang
tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari
tengah hendaklah sama.
- Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan
perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
pengukur.
- Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat
tanpa menyentap.
- Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.
– Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.
Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
- Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
- Murid yang membantu memegang lutut pelaku
tidak menganggu pelaku.
DRILL OLAHRAGA(SPEED)
DRILL OLAHRAGA)PLYOMETRIK)
TAJUK UTAMA KEMAHIRAN OLAHRAGA
ACARA BALAPAN
KEMAHIRAN LARI PECUT
- Ke Garisan
- Mulaan Dekam
- Bersedia
- Fasa Lonjakan
- Fasa Larian
- Fasa Sokongan
- Fasa Di Udara
KEMAHIRAN LARI JARAK SEDERHANA DAN JAUH
Kemahiran lari jarak sederhana dan jauh tidak ada mulaan dekam. Mulaan bagi acara ini hanyalah 'Ke Garisan' dan tembakan dilepaskan.
ACARA PADANG
KEMAHIRAN LOMPAT TINGGI
- Fasa Larian
- Fasa Lonjakan
- Fasa Lompatan / Layangan
- Fasa Mendarat
KEMAHIRAN LOMPAT JAUH
- Fasa Larian
- Fasa Lonjakan
- Fasa Lompatan / Layangan
- Fasa Mendarat
KEMAHIRAN LONTAR PELURU
- Fasa Permulaan
- Fasa Gelungsuran
- Fasa Lontaran
- Fasa Penamat
KEMAHIRAN LEMPAR CAKERA
- Fasa Permulaan
- Fasa Lontaran
- Fasa Penamat
DAYA TAHAN KADIOVASKULAR
SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
2. RASIONAL
3. MATLAMAT
4. OBJEKTIF
6. LOKASI
No comments:
Post a Comment